Sejarah ringkas Pelayar_web

Tim Berners-Lee, yang meneroka penggunaan hiperteks untuk pengkongsian maklumat, mencipta pelayar jaring pertama, dikenali sebagai WorldWideWeb, pada tahun 1990 dan memperkenalkannya kepada rakan di CERN pada March 1991. Semenjak itu, pembangunan pelayar jaring tidak dapat dipisahkan daripada pembangunan jaring itu sendiri.

Ia dipercayai sebagai aplikasi berguna bagi mengendali buku telefon besar CERN. Dari segi antaramuka pengguna, ia menggunakan protokol gopher/telnet, membolehkan setiap pengguna untuk melayari tapak lain yang ditulis pengguna lain dengan mudah. Dengan integrasi grafik, ia kemudiannya dikatakan sebagai applikasi maut - (killer-application).

Kejutan kepopularan jaring dicetuskan NCSA Mosaic yang merupakan pelayar grafik beroperasi pada Unix tetapi kemudian dialih kepada pelantar Apple Macintosh dan Microsoft Windows. Versi 1.0 dibebaskan pada September 1993. Marc Andreesen, yang merupakan ketua pasukan Mosaic di NCSA, berhenti untuk membentuk syarikat yang kemudiannya dikenali sebagai Netscape Communications Corporation.